Thursday, December 17, 2009

Awal dan Akhir

Setitis madu
Terasa di lidah
Manis
Indah

Lalu ia mengalir
Berjalan
Jatuh ke rengkung

Sakit
Pedih
Ia mencucuk dan menusuk
Bagai racun yang penuh bisa
Meninggalkan hirisan dan calaran
Luka
Berdarah

Mangapa
Awal dan akhir itu berbeza
Tidak adil
Kejam

171209.214624.btkkr
P/S: Yang terindah hanyalah sementara

Friday, December 4, 2009

KeSETIAan

Setia pada yang satu
Setia pada yang itu
Bermakna bagi aku
Sungguh

Setia itu kepercayaan
Setia itu berdampingan

Perlu kekuatan
Perlu ketegasan

Aku memilih untuk setia
Aku yakin pada kesetiaan aku
Aku sanggup berbagi
Aku sanggup berkorban

Detik dan masa yang berlalu
Itu pembunuh
Sesungguhnya
Senjata paling ampuh
Menggugat sebuah kesetiaan

Kerana masa
Aku akan bosan
Kerana masa
Aku akan lelah
Kerana masa
Aku akan berpaling
Kerana masa
Aku jumpa yang lain

TUNGGU sampai NANTI
Itu bukti
KeSETIAan
Seorang aku!


041209.140123.fldjy
p/s: Aku masih setia, Masih TUNGGU sampai NANTI


Wednesday, December 2, 2009

Apa Dah Jadi???

Apa dah jadi pada aku???
Shamimi Haniza Dulhisham
Tidak lagi menulis
Kebelakangan ini....

Mungkin dulu alasan sebab nak exam
Tapi sekarang?
Dah sebulan cuti
S.E.B.U.L.A.N tau!
Bukan sehari, bukan seminggu

Hasilnya?
Habuk.Kosong.Nothing.

APA DAH JADI???
APA DAH JADI???
APA DAH JADI???

p/s: writer's block ke? atau masih disebabkan 'dia'?

Thursday, October 22, 2009

Satu Detik


~satu detik mengubah segalanya~

Satu detik, AKU suka DIA
Satu detik, AKU benci DIA
Satu detik, DIA mesra
Satu detik, DIA dingin
Satu detik, AKU rindu DIA
Satu detik, AKU mahu lupa DIA
Satu detik, DIA senyum
Satu detik, DIA tarik muka

Satu detik, AKU gembira
Dunia ini aku yang punya
Satu detik, AKU derita
Dunia ini hampir kiamat gamaknya

Satu detik, ia POSITIF
Satu detik, ia NEGATIF

Transisi itu pantas
Cukup pantas
Cuma sedetik

Kenapa AKU rasa begini
AKU yang emosional
Agaknya
Perempuan itu emosional
Kan?
Mungkin DIA tidak begitu sebenarnya
Mungkin AKU yang sensitif sahaja

Arrrgghhh....
Emosi bak roller-coaster
AKU mahu STABIL
Semula

221009.105721.bedtesl2ipgmkti

P/S: LOSER kah aku?

Wednesday, October 7, 2009

Satu atau Dua

Pada waktu ini
Dalam situasi begini
Aku perlu memilih
Membuat keputusan

Satu atau dua

Dilema

Tekanan

Satu
Bermakna bersendirian
Dua
Bermakna berteman
Pilih satu
Hanya duduk goyang kaki
Pilih dua
Cepat-cepat mula mencari

Aku senang memilih satu
Mereka senang memilih dua

Satu atau dua
Tepuk dada tanya selera


061009.220623.b39ipgmkti
p/s: Laut, sungai, atau sekadar lopak air? Fikir sendiri ya! =)



~persoalan ini sukar dijawab~


Sunday, September 13, 2009

Kau + Aku = Kita


Kau
dan Aku
Aku dan Kau
Beza
Lain
Tak sama

Kau bilang A
Aku bilang B
Kau pilih hitam
Aku pilih putih
Kau pergi ke kanan
Aku pergi ke kiri
Kau mahu biru
Aku mahu merah

Aku mahu Kita
Aku cari Kita
Aku ingin Aku dalam Kita
Aku ingin Kau dalam Kita
Menjadi Kita

Kita
Yang punya kompromi
Yang saling toleransi
Yang penuh tolak ansur
Kita
Yang berbeza
Tapi sama
Yang jauh
Tapi dekat

Ibarat dua garis selari
Aku dengan dunia Aku
Kau dengan dunia Kau
Dua garisan
Selari
Walau tidak sama
Walau ia berbeza
Paling penting
Tetap bersama
Aku sentiasa di sisi Kau
Kau sentiasa di sisi Aku
Berkongsi haluan yang sama
Punyai tujuan yang sama

Harapan Aku
Kita tidak sentiasa begini
Satu hari nanti
Ada perubahan
Dalam dua garisan ini
Tidak lagi selari
Kerana
Aku pasti
Dua garisan itu
Pasti bertemu
Di satu titik pertemuan
Kita....yang Aku cari




~begini rupa garis selari, tau?~



120909.145118.fldbktprmi
p/s:Dalam hubungan, ada DUA dan bukan hanya SATU!



Wednesday, September 9, 2009

Ruang


~kenapa aku asyik berfikir untuk ke situ? Kerana DIA???~

Ruang
itu menggamit
Melambai-lambai
Menjemput aku
Menggoda aku
Menarik perhatian aku

Ruang itu indah
Ruang itu aman
Ruang itu damai
Ruang itu hebat

Aku mahu berada di situ
Ruangan tanpa graviti
Berlegar-legar
Terbang
Bebas

Hati kata mahu
Minda bilang tak perlu

CUKUP CUKUPLAH!
BERHENTI!
LARI!

090909.004430.b39ipgmkti
p/s:Terlepas dari ikatan realiti

Thursday, September 3, 2009

Kaki Lima

Kaki Lima (2009) from ridhwan saidi on Vimeo.



~cerita simple yg membawa makna tersirat~
Lakonan: Amerul Affendi, Hariry, Zahiril Adzim + Fared Ayam

Friday, August 28, 2009

Komunikasi

KOMUNIKASI itu adalah satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang invividu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.

Aku yakin semua orang selalu berkomunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Apa yang aku nak tekan di sini, pada entri ini adalah tentang KOMUNIKASI DUA HALA. Diulangi ya, DUA HALA! Iaitu maklumat yang disampaikan memerlukan reaksi dari penerima.

Seperti yang kita lakukan sehari-hari, berbual contohnya juga merupakan komunikasi dua hala kerana melibatkan dua pihak. Selalunya kita akan BERKONGSI apa yang kita mahu sampaikan dengan si penerima dan juga memberi reaksi kepada apa yang disampaikan oleh pihak itu. Ini adalah komunikasi dua hala yang sihat pada pendapat aku la. Tak tau la orang lain macam mana.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan selalu jugak aku berhadapan dengan orang yang berbual dengan aku dengan menggunakan arah KOMUNIKASI SEHALA yang mana menyampaikan maklumat dan tidak memerlukan/menerima reaksi dari penerima iaitu aku! Kalau macam ni la gayanya, baik tak payah ajak aku berbual. Pergi la buat ceramah umum kat mana-mana. Takpun ikut je mana-mana parti politik!

Perkara ini aku boleh kaitkan dengan halangan-halangan dalam komunikasi iaitu:

1. maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
- memang berlebihan sangat la kalau asyik dengar cerita dari pihak dia je!
2. kurang minat
- menjadikan aku hilang minat untuk terus mendengar
3. prasangka
- bakal menjemput prasangka buruk yang akan berlegar-legar dalam kepala otak aku ni.
4. sekatan emosi
- emosi aku akan mula tak stabil dan tahap kesabaran aku akan menurun secara mendadak
5. wujudnya pelbagai gangguan
- gangguan ini semua akan membuat aku kadang kala hilang fokus dan rasa macam nak blah

Bukan nak bangga diri tapi aku rasa aku ni orang yang cukup bertimbang rasa la dalam isu ini. Sebab aku akui aku adalah seorang pendengar yang baik sebab aku memang suka dengar orang bercerita dengan aku. Tapi aku akan jadi marah bila bertemu dengan orang-orang yang bercerita cerita dia tanpa henti untuk jangka masa yang tak hengat punya lama tapi bila giliran aku nak cerita pulak, dia dengan cepatnya memotong cerita aku tu untuk sambung lagi cerita dia tu! Siapa tak hangin bila berhadapan dengan orang macam tu??

Lagi satu situasi yang aku nak cerita adalah bila bercakap dengan orang yang tak nak kalah. Pada orang yang macam ni pulak, komunikasi dua halA tu memang aku dapat rasakan la sebab aku diberi ruang untuk respon. Aku suka. Tapi aku yang suka ni tiba-tiba boleh tukar jadi tak suka adalah bila orang tu cakap tak nak kalah. Apa yang dia cakap semua nak kena betul. Semuanya dia nak menang. Kadang-kadang bila kita berbincang tentang sesuatu tu memang la nak cari penyelesaian kan? Tapi kalau pda akhirnya tetap ikut keputusan kau, Baik tak payah ajak bincang. Buang masa dan tenaga je! Berdepan dengan orang-orang macam ni kalau aku da dapat rasa aura yang dia nak menang jugak, aku akan amek keputusan untuk berdiam diri je. Bukan apa, buang masa aku je layan orang-orang macam ni. Nanti aku jugak sakit hati!

Akhir kata, memang bukan semua orang macam yang aku terangkan kat atas ni, tapi kalau nak kene ngadap jugak mereka-mereka ni selalu, aku rasa aku kene pakai perisai kat hati aku ni supaya takdela nak terasa/terluka/terusik/terganggu/termakan hati nanti!


~kalau macam ni pun okay gak! KUKUH!~

~P/S: memang panjang entri aku kali ni. Phew!~

Sunday, August 23, 2009

KAU dan DIA



DIA

Pernah hadir
Isi ruang kosong
Hidup aku
Saat itu
Detik itu
Tiada tandingan

DIA
Yang aku sayang
Satu-satunya
Namun
DIA telah pergi
Hilang dalam terang
Ada dalam tiada

Di sini aku
Masih menanti?
Berlalu pergi?
Keliru



~bingung.buntu.keliru~


KAU
Satu keajaiban
Dalam hidup aku
Hadirnya KAU
Menggerak aku

KAU
Cahaya
Terangi malap hidupku
Selalu
KAU
Juga aku sayang
Kini
Mungkin juga nanti?
Siapa tahu

KAU dan DIA
Satu kebetulan
KAU dan DIA
Sama
KAU dan DIA
Serupa
KAU begini
DIA juga begini
KAU begitu
DIA juga begitu

Persamaan
KAU dan DIA
Membuat aku rawan
Membuat aku terpempan
Membuat aku hilang

Sesungguhnya
KAU dan DIA
Sama
KAU dan DIA
Serupa
KAU dan DIA

ISTIMEWA!

230809.233444.fldjy
p/s: KAU dan DIA peneman putaran roda hidupku


Friday, August 7, 2009

Puncak

Kita mendaki
Untuk ke PUNCAK
Tinggi
Sangat tinggi
Mencecah ke awan

Aku di depan
Memulakan perjalanan
Kau di belakang
Ikuti jejak
Yang aku tinggalkan
Aku mula mendaki
Mendaki
Mendaki
Dan mendaki
Dengan susah payah

Aku tinggalkan
Satu lorong
Untuk kau
Mudahkan kau
Terangkan kau

Lalu
Mudah pendakian kau
Dibantu aku
Laju perjalanan kau
Didorong aku

Namun
Kelajuan itu
Memintas aku
Menjadikan
Kau di hadapan
Kau di atas
Memijak aku
Menindas aku
Menolak aku
Ke bawah
Ke bawah
Ke bawah

Kau terus mendaki
Laju
Ke PUNCAK
Dan
Di sana
Kau disambut
Kau dipuja
Kau diangkat

Sesungguhnya
Itu tempat aku
Itu puncak aku
Itu kejayaan aku

Namun
Semua itu mustahil
Kerana
Aku dipijak
Aku diinjak
Aku ditindas
Aku ditolak
Oleh kau

Dan mereka
Memuja membabi buta!!


-mampukah aku utk ke PUNCAK???-

070809.000318.b39ipgmkti
P/S:Walang Si Aku Yang Malang


Wednesday, August 5, 2009

Berita Terkini Hiburan Sensasi!

Mempersembahkan.....









credit to http://rumahanakteater.blogspot.com

p/s: Tahniah bob atas kemenangan sebagai Pelakon Harapan Lelaki FFM22

Wednesday, July 22, 2009

Kuasa



Emosiku digugah lagi
Bergolak lagi

Kewarasan aku hilang lagi

Terbang

Melayang


Kenapa?
Emosi ini membawa pergi kewarasan

Aku bagai

Hilang kuasa

Hilang daya

Tidak mampu menahan

Tidak mampu menghalang
Kenapa?

Aku lemah

Aku rebah

Aku jatuh


Semua kerana itu
KUASA
Aku
tau

Dia
ada kuasa
Dia ada pangkat
Dia ada darjat
Sedang aku

Tiada apa


Nak buat apa?
Lawan dia

Pasti aku tewas

Turuti dia

Pasti aku tewas

Semua kerana dia
KUASA

Aku
perlukan

Kekuatan

Semangat

Untuk terus berjuang

Untuk terus berperang

Menghadapi

Dia

dan

Kuasanya!



~adakah aku perlu jd power rangers?~

220709.203236.ipgmkti.
~sedang mengutip sisa kewarasan yang hilang~

Thursday, July 16, 2009

YANG BARU




Poster baru! Mari sama-sama meriahkannya!

Menyokong sahabat-sahabat saya

Antaranya:


~Zahiril Adzim~




~Amerul Affendi~




~Ayam Fared~



~Khairil Ridzuan K'n~




~Dira Abu Zahar~


Monday, July 13, 2009

Yang Dinanti......Teater Kompilasi Vol 2

Dah lama aku nanti kehadirannya. Tiba-tiba ia ditunda. Aku kecewa, aku sedih. Tapi sesungguhnya mesti mereka yang terlibat lebih kecewa dan lebih sedih. Tapi sekarang aku gembira semula. Tarikh sudah ditetapkan. Tiket sudah ditempah. Hanya tunggu hari itu tiba. Sungguh tidak sabar. =) Kawan-kawan semua, marilah meriahkan acara ini ya!!!




TEATER KOMPILASI VOL2
Tema: Kemanusiaan (Humanity)
Host: Rumah Anak Teater (RAT)
Type: Music/Arts - Performance
Network: Global
Start Time: Tuesday, August 11, 2009 at 8:30pm
End Time: Sunday, August 16, 2009 at 8:30pm
Location: Stor TEATER Dewan Bahasa dan Pustaka
City/Town: Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 0192232002
Email: faisal.mustaffa@gmail.com
Description

LEGASI
Karya & arahan: MOIZZIS.RCHONG
Pelakon:
Dira Abu Zahar
Hariry Abd Jalil
Khairil Ridzuan
Nad Zainal

NATURALISASI:
Karya: NAM RON
Arahan & olahan: Fared Ayam
Pelakon:
Zahiril Adzim
Amerul Affendi
Noris Ali

SINOPSIS LEGASI

Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.

Teater 2: NATURALISASI

Sinopsis

Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

~info dipetik dari event facebook-Teater Kompilasi 2~

Friday, July 10, 2009

Satu atau Dua


Pada waktu ini
Dalam situasi begini
Aku perlu memilih
Membuat keputusan

Satu atau dua

Dilema

Tekanan

Satu
Bermakna bersendirian
Dua
Bermakna berteman
Pilih satu
Hanya duduk goyang kaki
Pilih dua
Cepat-cepat mula mencari

Aku senang memilih satu
Mereka senang memilih dua

Satu atau dua
Tepuk dada tanya selera


~persoalan ini sukar dijawab~

061009.220623.b39ipgmkti
p/s: Laut, sungai, atau sekadar lopak air? Fikir sendiri ya! =)



Monday, July 6, 2009

Mimpi dan Realiti

Aku datang dengan impian
Aku datang dengan harapan
Aku datang dengan bayangan
Semuanya indah
Mengenangnya
Buat aku tersenyum
Bahagia
Tidak sabar

Namun
Hakikat itu membunuh
Meragut segala
Senyumanku
Bahagiaku

Sial
Aku rasa sial
Argh...

Aku ingin terbang
Ke ruang baru
Tanpa graviti
Agar aku terapung
Bebas
Tiada belenggu
Tiada pemburu

Tapi
Itu semua mimpi
Mimpi aku
Semata-mata
Kerana
Aku masih di sini
Di ruang sial ini
Dalam realiti ini

Aku harus kuat
Menghadapi realiti
Sesungguhnya
Realiti itu kejam

060709.14:26.IPGMKTI

~Penyesuaian semula yang menggugat emosi, minda, tenaga aku~

Saturday, July 4, 2009

PULANG

Aku akan pulang
Semula
Ke tempat itu
Indah?
Seksa?
Aku tidak tahu
Aku harap yang terbaik!
Sahabat...
Bantulah aku menghadapinya
Aku takut aku tak mampu
Hanya dengan sokongan kamu
Aku akan bertahan
Bertahanlah

~sedang berperang dengan emosi yang kacau bilau~

Tuesday, June 30, 2009

Emosi Di Frinjan



Pekan Frinjan
Satu perjalanan
Satu pertemuan
Satu pengalaman

Perjalanan...
"Hidup ini ibarat perjalanan"
Aku harungi perjalanan ini
Ke tempat baru
Ke daerah baru
Asing sungguh bagi diri aku
Demi satu tujuan
Menjejak sesuatu
Mencari yang itu
Yang dinamakan Frinjan

Pertemuan...
Frinjan itu menyaksikan
Satu penungguan
Satu penantian
Satu pertemuan
Detik itu indah
Saat itu bermakna
Kosongku serasa terisi
Hariku serasa diwarnai
Gelak tawa itu
Halwa telinga paling manis
Bagi aku

Pengalaman...
Yang amat berharga
Tika itu
Aku rasai
Sesuatu yang baru
Sesuatu yang unik
Sesuatu yang indah
Untuk diriku
Walau tidak lama
Aku tetap suka
Aku tetap bahagia
Menemui satu sisi baru
Sisi Frinjan itu

Ada macam-macam
Ada persembahan di Frinjan
Ada buku di Frinjan
Ada Gadoh di Frinjan
Ada nyanyian di Frinjan
Ada puisi di Frinjan
Ada tawa riang di Frinjan
Ada cerita di Frinjan
Ada bintang di Frinjan
Ada bunga dia Frinjan
Ada kebaya di Frinjan
Ada kau di Frinjan

Argh...
Ada Emosi di Frinjan
Seperti semua
Aku juga rasainya
Aku RINDU Frinjan
RINDU
RINDU
RINDU lagi....


~Pertemuan pertama dengan Ieja~


~Senyum seindah suria~

P/s: Terima Kasih Sahabat! Ayam,Bob,Merul,Along,Ieja,Nard,dan Iqa juga

video
~Persembahan pertama Ayam diiringi Bob, Stabil Untuk Siapa~


video
~Persembahan kedua, Metafora Dari Tuhan~

Sunday, June 21, 2009

WALANG Semalam

Jumaat
Itu semalam
Satu hari dalam hidup aku
Hari itu berlalu
Cukup mencabar
Cukup menggugat
Cukup mengganggu
Membolak-balik
Minda aku
Hati aku
Emosi aku

Hari itu hari kau
Hari itu hari kau
Hari itu hari kau
Hari aku?
Entah

Semalam
Jumaat itu
Kau dengar dia
Kau jumpa bulan
Kau temu kamu
Aku?
Masih terpaku
Berperang sendiri

Walang
Itu yang aku rasai
Itu yang aku lalui
Itu yang aku alami
Semalam
Aku sahaja
Tidak kau
Bukan kau
Atau kau

Jumaat
Satu hari dalam hidup aku
Kenapa
Semua jadi dalam satu hari
Semua
Serentak!

Aku tanya hati
Aku tanya diri
Bila hari aku?
Semalam hari kau
Semalam hari kau
Semalam hari kau
Walang

Aku masih tunggu
Aku masih nanti
Menjadi penunggu
Menjadi menanti
Masa jadi penentu

Sabarlah wahai hati
TUNGGU sampai NANTI

200609.1159.btkkr

p/s-untuk kau,kau dan kau yang terlibat. Semalam

Friday, June 19, 2009

Tunggu Nanti


Aku tunggu
Aku nanti
Menunggu tibanya nanti
Menanti tibanya hari
Asyik tertunggu-tunggu
Asyik ternanti-nanti
Penungguan
Penantian
Yang menyeksa
Yang mendera
Sengsara seorang penunggu
Derita seorang penanti

Sabar tanpa henti
Usaha tanpa jemu
Perlu seluruh tenaga
Perlu segala masa
Menunggu
Menanti

Hati ini
Sabarlah
Usahalah
Tahanlah
Sedikit sahaja lagi
Sedikit waktu lagi

Nanti
Akan tiba hari
Akan tiba detik
Kemenangan penunggu itu
Kejayaan penanti itu

Walaupun
Hari itu, nanti
Detik itu, nanti
Aku pasti
Ia tetap akan sampai
Nanti

~TUNGGU sampai NANTI~

Wednesday, June 17, 2009

Rindu

Rindu itu satu anugerah
Anugerah yang indah
Aku pernah rasa rindu
Aku selalu rasa rindu
Dari mana datang rindu
Minda?
Mungkin
Hati?
Mungkin
Sayang?
Hurm...

Rindu itu ada kerana sayang
Ada sayang maka ada rindu
Hebatkah anugerah itu?
Indahkah rindu itu?
Tidak
Rindu itu pedih
Rindu itu sakit
Rindu itu perit
Maka
Rindu itu tidak indah

Namun rindu itu tanda sayang
Demi sayang itu
Aku rela kepedihan
Aku sanggup kesakitan
Aku tahan keperitan

Kerana aku tahu
Rindu itu tidak kekal
Hanya satu jangkamasa
Aku hanya perlu bertahan
Untuk satu jangkamasa itu

Kesannya
Rindu itu menjadi manis
Sayang itu menjadi kuat
Hidup itu menjadi indah

Sabarlah wahai hati
Rindu itu tidak lama!!!

~Seluruh indera sedang berperang~

170609.2056.fldjy

Monday, June 15, 2009

Kembali


Aku pernah hilang
Menerawang tanpa tujuan
Berlegar-legar di ruang fantasi
Tanpa graviti
Graviti
Yang bakal membawa aku pulang
Ke bumi
Memasak kaki ini kembali

Jiwa aku hilang
Tika itu
Minda aku kosong
Tika itu
Hati aku kecamuk
Tika itu

Sampai hati
Aku biar ia terjadi
Membiarkan aku hilang
Lenyap
Gelap
Walaupun ada cahaya menemani
Setia di sisi
Cahaya yang maha terang

Namun yang terang itu
Membutakan
Menyakitkan
Melukakan
Dan secara langsung
Kejutkan aku
Sedarkan aku
Pulangkan aku

Kini aku kembali
Memegang realiti
Yang aku sanggup lepaskan
Ketika itu
Syukur
Aku kembali jua
Ke sini
Akhirnya


~Sesungguhnya kesunyian itu membunuh kewarasan~

Sunday, May 31, 2009

S.A.M.P.A.H

Aku benci sama sampah
Dimataku sampah itu kotor
Dimataku sampah itu jijik
Dimataku sampah itu busuk
Semua benci sama sampah
Semua tempat ada sampah
Di mana-mana pun ada sampah

Aku tak mahu sama sampah
Aku tak mahu lihat sampah
Aku tak mahu bau sampah

Malang
Sampah itu tetap ada
Sampah itu tetap bertamu
Sampah itu tetap melekat

Membuatkan aku hilang pertimbangan
Hilang kewarasan
Hilang kesabaran

Menggelegak hati
Meronta-ronta jiwa
Langkah perlu diambil
Agar sampah ini tidak lagi berleluasa
Agar sampah ini tidak lagi berkuasa
Seterusnya aku
Tidak lagi menderita

Sampah itu aku perlu kutip
Sampah itu aku perlu humban
Sampah itu aku perlu bakar
Sampah itu aku perlu tanam

Agar
Sampah itu tidak lagi besar
Sedikit demi sedikit menjadi kecil
Dan hilang dari pandangan
Diterbangkan oleh angin yang bertiup
Bergerak ke suatu tempat yang lain
Bertemu sampah-sampah lain

Ketahuilah
Di sini bukan tempat kamu
Aku tak mahu kamu di sini
Pergilah...
Pulangkan kedamaian yang dulu milik aku!


~Maaf, Kamu sememangnya sampah di mata aku~

Wednesday, May 27, 2009

Kosong


Jiwaku kosong
Mindaku kosong
Hatiku kosong
Hidupku kosong
Hariku kosong

Mengapa semuanya kosong?

Aku tidak tahu
Aku tidak mengerti
Aku tidak peduli
Oh, aku peduli

Kerana itu aku mencoret di sini

Kerja, banyak
Aktiviti, berlambak
Sahabat, tidak berganjak

Tapi aku masih sunyi
Tapi aku masih sendiri
Tapi aku masih di sini

Di satu ruang di dalam segi empat ini
Merenung keempat-empat sisi
Mencari sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti

Pandang Kiri
Pnadang Kanan
Pandang Atas
Pandang Bawah
Pandang Depan
Pandang Belakang

Semua kosong
Dan aku mula rasa
Diri aku kosong
Kosong
Kosong
Kosong lagi

~aku mahu LARI~

Monday, May 25, 2009

REBUTAN


Kenapa DIA yang jadi rebutan?
Aku mahu DIA
Mereka pun mahu DIA
Semua orang pun mahu DIA
Salahkah aku mahukan DIA?
Salahkah mereka mahukan DIA?
Salahkah semua orang mahukan DIA?
Inikah REBUTAN
Tapi persoalan yang sentiasa berlegar-legar di benak
Siapakah pemenangnya?
Aku?
Mereka?
Semua?
Aku pun tak faham
Mengapa aku terlibat dalam REBUTAN ini
Mungkin
Aku mahu bersaing
Aku mahu berjuang
Aku mahu berjaya
Aku mahu kemengangan itu
Kerana
AKU MAHU DIA
AKU MAHU DIA
AKU MAHU DIA
Tapi mampukah aku?
Aku yakin
Aku mampu bersaing
Aku mampu berjuang
Bejayakah aku?
Menangkah aku?
Biar masa menentukan arah perjuangan aku
Kerana
AKU MASIH MAHUKAN DIA
AKU MASIH MAHUKAN DIA
AKU MASIH MAHUKAN DIA
Wahai masa, bantulah aku!

p/s: DIA yang semakin jauh...

Monday, May 18, 2009

Kini

Hati itu
Terguris kembali
Luka itu
Dicarik-carik lagi
Bagai ditabur garam
Bagai disimbah air asam
Resah
Parah
Bernanah
Penawar
Yang disangka mengubati
Tidak lagi mampu menemani…

~dkapb310.175425.020409~

Selamat Hari Lahir

Waktu berdetik
Saat berlalu
Segalanya
Maju ke depan
Terus melangkah
Begitu kamu
Menyusuri jalan itu
Suka…duka
Setia menemani
Bukalah hatimu dan matamu
Depangkan tanganmu
Teruskan langkahmu
Menghadapi detik yang berlalu
Hari itu datang jua
Menggerak kamu
Mengubah kamu
Semakin tua?
Semakin matang?
Biar orang berkata
Baik?
Buruk?
Kamu tetap kamu
Masih seperti dulu
Temanku yang comel…

~biliktayangfpp.104327.050808~

Malam

Mentari berlabuh
Malam menjengah
Malam itu gelap
Malam itu sunyi
Malam itu sepi
Bingung
Ke mana pergi semuanya
Bulanku
Kejoraku
Pendampingku
Penghapus dinginku
Ku ikuti jejakmu
Semakin lama
Semakin jauh
Buntu
Hilang sudah cahaya itu
Sinarku
Kembalilah
Bertamu di hatiku
Semula

~tutorfpp.130407.170708~

Kejora V.2

Sang kejora
Serasa kembali kehadiranmu
Masih kemilau sinarmu
Melimpahkan cahaya
Ke dalam kalbuku
Kejoraku
Kucuba menggapai gemilangmu
Perlahan-lahan kudaki
Agar jarak antara kita
Tidak lagi disempadani
Semakin jauh ku pergi
Kian berbunga rasa hati
Namun kau tetap tinggi
Aku mungkin akan sampai
Nanti
Bertemu sebutir kejora itu
Pasti

~fpp211a.090938.150708~

Aku dan Kenangan

Perlaha-lahan kaki melangkah
Setapak demi setapak
Menyusuri jalan kenangan
Mengimbau dan menyingkap tabir memori
Hati berdetak dan berdebar
Fikiran keliru dan bercelaru
Segalanya terbentang di ruang mata
Tersingkap kembali ceritera
Indah sungguh memori itu
Gembira sungguh waktu itu
Tersemat kukuh kenagan itu
Kini
Aku terpaksa kembali
Dengan berani berdepan realiti
Kerna sudah terpatri
Hakiki
Hidup tidak seindah mimpi

~biliktayangfpp.152802.090708~

Saturday, May 9, 2009

Penantian

Kurangkai kata-kata indah
Tersusun teratur
Tersergam tersemat di dasar kalbu
Hanya dengan itu
Sekeping hati mampu ditamu
Menjadi pendamping
Peneman di kala sendu
Tuan hamba
Masihkah anda di situ?
Menanti tiba naskah dariku…

~dkapa206.131624.080708~

Teman

Bayu tidak pernah lupa
Berdesir dan bertiup menyelimutiku
Mentari tidak sekali alpa
Membalut dingin seluruh tubhku
Hujan kadangkala bertamu
Menambah irama rentak hidupku
Bulan bintang sentiasa di situ
Bergandingan mengiringi malamku
Segala-galanya ada buatku
Menjadi teman sejatiku
Namun diri terasa sepi
Hati ini terasa sunyi
Segalanya serasa masih kurang
Apa lagi yang kuingin
Mungkin teman pendamping hati
Bisa berkongsi kedamaian alami

~batukikir72200.231848.030708~

Hanya DIA

Andai aku
Punya alat pemutar waktu
Akan aku
Menghalang DIA dari melangkah
Andai aku
Punya kenderaan berkuasa kuda
Akan aku
Menjejak ke mana DIA bertapak
Andai aku
Punya kunci pengawal hati
Akan aku
Mengunci DIA dalam hatiku
Namun begitu
Seorang DIA
Telah berlalu dari sisiku

~fpp219a.132243.260308~

My First Love

They say
The first love is most important
That is very romantic
But not my experience

Something was and wasn’t there between us
Something went on and went away

You just go away
After we share hours of sweet memory

I still remember the time
You treat me “Cornetto”
You let me ride your “Honda Cup lampu bulat”

Now
I just can wait
And I still wait for you
Just because
I really LOVE you
MY FIRST LOVE!

~walaupun aku tulis ni untuk assign Dr. Jaya, tapi ia tetap memberi makna yang cukup mendalam. Hanya untukmu, satu-satunya…Zack~

Friday, April 17, 2009

Seorang Kamu

Wajah itu datang lagi
Mengetuk kembali pintu khazanah
Lalu menggegar kubu kuasa
Singgahsana tersergam
Tidak lagi membanggakan
Rawan
Berperang antara dua era
Maju ke depan
Atau berpaling ke belakang
Minda tegas mahu ke depan
Hati merayu undur ke belakang
Buntu!
Hapuslah wajah itu!
Agar minda dan hati kembali bersatu
Untuk
Memelihara tiara kuasa duniaku

~fpp219b.124834.050308~

Memori

Memori itu indah
Memori itu pedih
Mengingatimu
Indah?
Pedih?
Layakkah aku
Membuat pilihan atas kenyataan
Kenyataan yang terkunci!
Adakala aku tergugat
Membuat aku berperang
Mengerah tenaga hingga ke puncak
Atau aku
Hanya membiarkan detik berlalu
Lalu
Membuka kembali kunci itu

~dkapb205.135843.030308~

Sang Kejora

Memilikimu
Akankah mungkin
Jauh jarak merentangi
Banyak ranjau menghalangi
Namun
Sinarmu tetsp berkilauan
Sang kejora
Kuingin bersamamu
Untung sang bulan
Sentiasa di sisimu
Walhal aku?
Tidak tergapai tanganku
Apa yang ada
Cuma
Cahaya limpahan gemilangmu

~fpp219a.105531.280208~

Arrrgggghhh!!!!

Hati berbicara
Membahasakan gerak laku dan tingkah
Namun
Mengapa mulut terkunci
Tertutup…terkatup
Segala kata-kata
Beku
Kaku
Mundar mandir mencari penamat
Terkerah kuasa
Minda berkerja
Membutuh seluruh tenaga
Menapak ke penghujung
Tiada lagi ruang
Tiada lagi jalan
Hanya yang tinggal
Titis air mata lesu mengalir

~dkapa205.132620.250208~

Bahagia

Merasai erti kata bahagia
Sedetik
Cukup?
Sepurnama
Cukup?
Masa yang jadi ukuran
Pentingkah itu
Atau hanya sekadar alatan
Jangkamasa atau pengalaman
Diri sendiri yang memilih
Merangkak melampaui detik masa
Perlahan-lahan
Bahagia itu berlalu
Tinggal jadi sisa
Memori yang tidak lagi beerti!

~fpp219a.145932.290108~

Tuesday, April 14, 2009

Hanya Satu HAK

Semua orang mempunyai
Hak untuk meminati dan diminati
TAPI...
Tidak mempunyai hak memarahi
Sekiranya diminati oleh
Orang yang tidak diminati
Akan tetapi untuk membenarkan
Hati ini menyintai seseorang
Bukanlah semudah yang
Engkau sangkakan

Monday, April 13, 2009

Tanda Soal

Aku yang bertanya?
Perlukah aku bertanya?
Sukakah aku dengan bertanya?
Apa yang aku ingin tanya?
Tanya?
Mengapa soalku dijawab dengan tanya?
Aku tanya apa yang ingin aku tanya!

~fpp219a.105716.310108~

Mencari sinar

Luka
Kecewa
Menggarit di relung jiwa
Lalu mendepangkan hamparan duka
Lantaran putaran cakerawala
Menggugat aliran kehidupan manusia
Suka
Gembira
Ke mana pergi semuanya
Hati disentap jiwa terperangkap
Terkurung di ruangan malap
Kini kudambakan
Hanya satu perkataan
CAHAYA
Bertamulah kamu
Di lubuk dasar hatiku

~biliktayangfpp.081524.290108~

Aku, Dia dan Mereka

Aku
Bersendirian di sini
Mencari keputusan pasti
Berjuang demi cinta sejati
Mencari kebahagiaan hakiki
Membantu menghadapi realiti
Dia
Ku temui dia di sini
Menjadi peneman di kala sunyi
Bersama-sama mementuk jati diri
Menghadapi ujian Ilahi
Mengeratkan lagi hubungan di hati
Mereka
Telah ku temui juga di sini
Berganding bahu sehari-hari
Untuk mendaki puncak yang tinggi
Demi menempuh kejayaan yang dihajati
Di sini
Segala-galanya masih di sini
Tanpa dahulu tidak mungkin ada kini
Akhirnya
Aku,dia dan mereka
Sentiasa
Di sini

Hati Aku

Bak kata orang
Seketul daging di dalam badan itu
Megawal peribadi seseorang
Dan daging itu adalah HATI
HATI

Organ yang penting bagiku
Dengan bantuan HATI lah
Aku menyayangi dan disayangi
Aku menyukai dan membenci
Aku menghargai dan mengabai
Maka kerana HATI
Aku
Bersahabat dengan dia
Dengan HATI juga
Aku bermusuhan dengan dia
Dan kerana HATI
Aku kembali padanya
Manjalinkan kembali sisa-sisa
Persahabatan
Yang semakin genting menanti putus
Yang semakin goyah menanti rebah
Tetapi apa yang diimpi dicemari
Kiniku longlai akhirnya
Akibat luka tercipta
Menambah calaran di HATI
Mengguris kembali luka lama
Menghunus belati hingga ke umbi
Menjadikan diri tidak beerti
Hingga melumatkan sekeping HATI
Yang selama ini menjadi peribadi diri
Mengakhiri sebuah tragedi
Yang pasti
Menjadi satu memori
Yang akan diingati
Sampai MATI

Untukmu

Walaupun kau tak pernah menyintaiku
Dan tak akan menyintaiku
Namun, kau perlu tau
Aku akan menyintaimu
Hanya Tuhan sahaja
Yang dapat mengubah cintaku ini
Dengan menghantar seseorang
Sebagai pengganti dirimu
Walaupun tidak serupa denganmu
Tetapi
Cukuplah jika dia sehebat dirimu
Dan
Aku di sini
Masih menyintaimu
Masih mengharapkan dirimu
Masih MENANTIMU
Atau
Perlukah aku menanti pengganti dirimu
Aku pasrah dan
Aku merelakan segalanya


buatmu yang satu...zack

AKU


Berikan AKU peluang untuk AKU menjadi AKU

Suatu Ketika Dahulu....

Suatu ketika dahulu, semasa aku masih lagi menuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di N9, aku selalu berasa tertekan atas segala benda yang jadi di sekeliling aku. Dari mata pelajaran yang di ambil lebih banyak dari orang lain sehinggalah kepada masalah hidup yang membebankan kat hostel membuatkan minda dan hati aku membuak-buak nak merangkai kata-kata. Tak tau la bila aktiviti merangkai kata-kata menjadi sebuah puisi/sajak ni bermula. Tapi bila aku jumpe balik hasil-hasil tulisan aku, baru aku tau jumlahnya agak banyak jugak lah. Di sini aku teringin nak meyertakan hasil-hasil tulisan aku dengan tujuan berkongsi dengan orang lain. Tapi aku memang tak nafikan, semakin dasyat fikiran dan emosi aku terganggu, semakin banyak hasil karya aku terhasil.

Saturday, April 11, 2009

Beza=Istimewa

Aku rasa aku berbeza
Aku rasa aku istimewa
Aku rasa aku lain
Lain dari yang lain
Sebab?
Aku KIDAL...
Tak semua orang kidal
Aku ada seorang KEMBAR SEIRAS....
Tak semua orang ada kembar seiras
Macam aku
Jadi
Aku pasti aku berbeza
Aku pasti aku istimewa
Aku pasti aku lain
Tapi kenapa aku suka orang yang macam aku?
Yang berbeza
Yang istimewa
Yang lain dari yang lain
Terutama sekali yang kidal
Sebab?
Sama macam aku
Abang "Z" aku pun kidal!
Mungkin itu sebabnya
Aku yang taknak mengaku....
(Susah untuk merelakan kenyataan)

Friday, April 10, 2009

Bingung

Kaki terus mengatur langkah
Setapak
Setapak
Setapak
Terus laju ke depan
Aku berlalu pergi
Dari sehari ke sehari aku lalui
Aku masih mahu menoleh ke belakang
Kesal?
Sedih?
Kecewa?
Aku hanya mampu menerima kenyataan
I am a TESLian
Sungguh berat kugalas tanggungjawab itu
Namun ku tetap gagahi
Demi masa hadapan yang menanti....

Thursday, April 9, 2009

Menjadi Diriku

Melihat kawan-kawan yang lain mempunyai blog mereka tersendiri, membuat sy tergerak hati untuk mula menulis di dalam blog. Walaupun da ada dua blog, tapi itu hanyalah palsu semata! Sekadar memenuhi kehendak lecturer. Sekadar untuk assignment. On-line assignment. Dan pengisiannya, bukanlah seperti yang di idam-idamkan. Hanyalah kehendak subjek semata-mata. Yang paling menyedihkan, blog itu BERBAHASA INGGERIS! Dan sy TERLALU ingin menyuarakan segalanya dalam BAHASA MELAYU. Walaubagaimanapun, sebagai TESLian English sudah mengisi separuh dari jiwa ini. What to do. Blog ini sy cipta adalah untuk memberi ruang kepada diri sy untuk menjadi seperti yang sy ingini. Meluahkan+menceritakan+mengkhabarkan sesuatu di dalam bahasa melayu. Kepada semua, inilah AKU yang berusaha untuk MENJADI DIRIKU