Sunday, June 21, 2009

WALANG Semalam

Jumaat
Itu semalam
Satu hari dalam hidup aku
Hari itu berlalu
Cukup mencabar
Cukup menggugat
Cukup mengganggu
Membolak-balik
Minda aku
Hati aku
Emosi aku

Hari itu hari kau
Hari itu hari kau
Hari itu hari kau
Hari aku?
Entah

Semalam
Jumaat itu
Kau dengar dia
Kau jumpa bulan
Kau temu kamu
Aku?
Masih terpaku
Berperang sendiri

Walang
Itu yang aku rasai
Itu yang aku lalui
Itu yang aku alami
Semalam
Aku sahaja
Tidak kau
Bukan kau
Atau kau

Jumaat
Satu hari dalam hidup aku
Kenapa
Semua jadi dalam satu hari
Semua
Serentak!

Aku tanya hati
Aku tanya diri
Bila hari aku?
Semalam hari kau
Semalam hari kau
Semalam hari kau
Walang

Aku masih tunggu
Aku masih nanti
Menjadi penunggu
Menjadi menanti
Masa jadi penentu

Sabarlah wahai hati
TUNGGU sampai NANTI

200609.1159.btkkr

p/s-untuk kau,kau dan kau yang terlibat. Semalam

3 comments:

  1. kak. bleh buat nukilan bru rse nye. watuah berlalu. hee~

    ReplyDelete
  2. @Adik kecil- Hehehe, nk kene tuka baru dah. =)

    @Azhar - Try cr dalam kamus dewan. =)Hint-bukan sesuatu yg best.

    ReplyDelete