Friday, April 17, 2009

Seorang Kamu

Wajah itu datang lagi
Mengetuk kembali pintu khazanah
Lalu menggegar kubu kuasa
Singgahsana tersergam
Tidak lagi membanggakan
Rawan
Berperang antara dua era
Maju ke depan
Atau berpaling ke belakang
Minda tegas mahu ke depan
Hati merayu undur ke belakang
Buntu!
Hapuslah wajah itu!
Agar minda dan hati kembali bersatu
Untuk
Memelihara tiara kuasa duniaku

~fpp219b.124834.050308~

Memori

Memori itu indah
Memori itu pedih
Mengingatimu
Indah?
Pedih?
Layakkah aku
Membuat pilihan atas kenyataan
Kenyataan yang terkunci!
Adakala aku tergugat
Membuat aku berperang
Mengerah tenaga hingga ke puncak
Atau aku
Hanya membiarkan detik berlalu
Lalu
Membuka kembali kunci itu

~dkapb205.135843.030308~

Sang Kejora

Memilikimu
Akankah mungkin
Jauh jarak merentangi
Banyak ranjau menghalangi
Namun
Sinarmu tetsp berkilauan
Sang kejora
Kuingin bersamamu
Untung sang bulan
Sentiasa di sisimu
Walhal aku?
Tidak tergapai tanganku
Apa yang ada
Cuma
Cahaya limpahan gemilangmu

~fpp219a.105531.280208~

Arrrgggghhh!!!!

Hati berbicara
Membahasakan gerak laku dan tingkah
Namun
Mengapa mulut terkunci
Tertutup…terkatup
Segala kata-kata
Beku
Kaku
Mundar mandir mencari penamat
Terkerah kuasa
Minda berkerja
Membutuh seluruh tenaga
Menapak ke penghujung
Tiada lagi ruang
Tiada lagi jalan
Hanya yang tinggal
Titis air mata lesu mengalir

~dkapa205.132620.250208~

Bahagia

Merasai erti kata bahagia
Sedetik
Cukup?
Sepurnama
Cukup?
Masa yang jadi ukuran
Pentingkah itu
Atau hanya sekadar alatan
Jangkamasa atau pengalaman
Diri sendiri yang memilih
Merangkak melampaui detik masa
Perlahan-lahan
Bahagia itu berlalu
Tinggal jadi sisa
Memori yang tidak lagi beerti!

~fpp219a.145932.290108~

Tuesday, April 14, 2009

Hanya Satu HAK

Semua orang mempunyai
Hak untuk meminati dan diminati
TAPI...
Tidak mempunyai hak memarahi
Sekiranya diminati oleh
Orang yang tidak diminati
Akan tetapi untuk membenarkan
Hati ini menyintai seseorang
Bukanlah semudah yang
Engkau sangkakan

Monday, April 13, 2009

Tanda Soal

Aku yang bertanya?
Perlukah aku bertanya?
Sukakah aku dengan bertanya?
Apa yang aku ingin tanya?
Tanya?
Mengapa soalku dijawab dengan tanya?
Aku tanya apa yang ingin aku tanya!

~fpp219a.105716.310108~

Mencari sinar

Luka
Kecewa
Menggarit di relung jiwa
Lalu mendepangkan hamparan duka
Lantaran putaran cakerawala
Menggugat aliran kehidupan manusia
Suka
Gembira
Ke mana pergi semuanya
Hati disentap jiwa terperangkap
Terkurung di ruangan malap
Kini kudambakan
Hanya satu perkataan
CAHAYA
Bertamulah kamu
Di lubuk dasar hatiku

~biliktayangfpp.081524.290108~

Aku, Dia dan Mereka

Aku
Bersendirian di sini
Mencari keputusan pasti
Berjuang demi cinta sejati
Mencari kebahagiaan hakiki
Membantu menghadapi realiti
Dia
Ku temui dia di sini
Menjadi peneman di kala sunyi
Bersama-sama mementuk jati diri
Menghadapi ujian Ilahi
Mengeratkan lagi hubungan di hati
Mereka
Telah ku temui juga di sini
Berganding bahu sehari-hari
Untuk mendaki puncak yang tinggi
Demi menempuh kejayaan yang dihajati
Di sini
Segala-galanya masih di sini
Tanpa dahulu tidak mungkin ada kini
Akhirnya
Aku,dia dan mereka
Sentiasa
Di sini

Hati Aku

Bak kata orang
Seketul daging di dalam badan itu
Megawal peribadi seseorang
Dan daging itu adalah HATI
HATI

Organ yang penting bagiku
Dengan bantuan HATI lah
Aku menyayangi dan disayangi
Aku menyukai dan membenci
Aku menghargai dan mengabai
Maka kerana HATI
Aku
Bersahabat dengan dia
Dengan HATI juga
Aku bermusuhan dengan dia
Dan kerana HATI
Aku kembali padanya
Manjalinkan kembali sisa-sisa
Persahabatan
Yang semakin genting menanti putus
Yang semakin goyah menanti rebah
Tetapi apa yang diimpi dicemari
Kiniku longlai akhirnya
Akibat luka tercipta
Menambah calaran di HATI
Mengguris kembali luka lama
Menghunus belati hingga ke umbi
Menjadikan diri tidak beerti
Hingga melumatkan sekeping HATI
Yang selama ini menjadi peribadi diri
Mengakhiri sebuah tragedi
Yang pasti
Menjadi satu memori
Yang akan diingati
Sampai MATI

Untukmu

Walaupun kau tak pernah menyintaiku
Dan tak akan menyintaiku
Namun, kau perlu tau
Aku akan menyintaimu
Hanya Tuhan sahaja
Yang dapat mengubah cintaku ini
Dengan menghantar seseorang
Sebagai pengganti dirimu
Walaupun tidak serupa denganmu
Tetapi
Cukuplah jika dia sehebat dirimu
Dan
Aku di sini
Masih menyintaimu
Masih mengharapkan dirimu
Masih MENANTIMU
Atau
Perlukah aku menanti pengganti dirimu
Aku pasrah dan
Aku merelakan segalanya


buatmu yang satu...zack

AKU


Berikan AKU peluang untuk AKU menjadi AKU

Suatu Ketika Dahulu....

Suatu ketika dahulu, semasa aku masih lagi menuntut di sebuah sekolah menengah berasrama di N9, aku selalu berasa tertekan atas segala benda yang jadi di sekeliling aku. Dari mata pelajaran yang di ambil lebih banyak dari orang lain sehinggalah kepada masalah hidup yang membebankan kat hostel membuatkan minda dan hati aku membuak-buak nak merangkai kata-kata. Tak tau la bila aktiviti merangkai kata-kata menjadi sebuah puisi/sajak ni bermula. Tapi bila aku jumpe balik hasil-hasil tulisan aku, baru aku tau jumlahnya agak banyak jugak lah. Di sini aku teringin nak meyertakan hasil-hasil tulisan aku dengan tujuan berkongsi dengan orang lain. Tapi aku memang tak nafikan, semakin dasyat fikiran dan emosi aku terganggu, semakin banyak hasil karya aku terhasil.

Saturday, April 11, 2009

Beza=Istimewa

Aku rasa aku berbeza
Aku rasa aku istimewa
Aku rasa aku lain
Lain dari yang lain
Sebab?
Aku KIDAL...
Tak semua orang kidal
Aku ada seorang KEMBAR SEIRAS....
Tak semua orang ada kembar seiras
Macam aku
Jadi
Aku pasti aku berbeza
Aku pasti aku istimewa
Aku pasti aku lain
Tapi kenapa aku suka orang yang macam aku?
Yang berbeza
Yang istimewa
Yang lain dari yang lain
Terutama sekali yang kidal
Sebab?
Sama macam aku
Abang "Z" aku pun kidal!
Mungkin itu sebabnya
Aku yang taknak mengaku....
(Susah untuk merelakan kenyataan)

Friday, April 10, 2009

Bingung

Kaki terus mengatur langkah
Setapak
Setapak
Setapak
Terus laju ke depan
Aku berlalu pergi
Dari sehari ke sehari aku lalui
Aku masih mahu menoleh ke belakang
Kesal?
Sedih?
Kecewa?
Aku hanya mampu menerima kenyataan
I am a TESLian
Sungguh berat kugalas tanggungjawab itu
Namun ku tetap gagahi
Demi masa hadapan yang menanti....

Thursday, April 9, 2009

Menjadi Diriku

Melihat kawan-kawan yang lain mempunyai blog mereka tersendiri, membuat sy tergerak hati untuk mula menulis di dalam blog. Walaupun da ada dua blog, tapi itu hanyalah palsu semata! Sekadar memenuhi kehendak lecturer. Sekadar untuk assignment. On-line assignment. Dan pengisiannya, bukanlah seperti yang di idam-idamkan. Hanyalah kehendak subjek semata-mata. Yang paling menyedihkan, blog itu BERBAHASA INGGERIS! Dan sy TERLALU ingin menyuarakan segalanya dalam BAHASA MELAYU. Walaubagaimanapun, sebagai TESLian English sudah mengisi separuh dari jiwa ini. What to do. Blog ini sy cipta adalah untuk memberi ruang kepada diri sy untuk menjadi seperti yang sy ingini. Meluahkan+menceritakan+mengkhabarkan sesuatu di dalam bahasa melayu. Kepada semua, inilah AKU yang berusaha untuk MENJADI DIRIKU