Tuesday, August 24, 2010

Sepasang itu...

Sepasang itu...
Bila
Akan jadi milik aku
Merangkai jemariku

Sepasang itu...
Mengalirkan
Kehangatan indah
Cair gunung beku

Sepasang itu...
Sempurna. Hebat
Salurkan tenaga
Segarkan hidupku

Sepasang itu...
Tetap tegap
Penghulu jalanku
Awani langitku

Genggam tanganku
Renung mataku
Bisik di telingaku
Langkah bersamaku
Dampingi aku
Temani aku

Aku damba
Sepasang itu
Bila
Ia jadi milikku???

p/s: TV tak baik untuk kanak-kanak
SMKGS.170810.081502

Thursday, August 12, 2010

Friday - Jumaat

Hari Jumaat telah menjadi hari favourite aku.
hehehehe. MY LIFE WILL START AT 12.30pm, Friday.

Reason 1 : Boleh balik rumah (penyakit homesick aku masih x kebah2. SIGH)
Reason 2 : Sabtu dan Ahad cuti. Boleh rest. Its time for LEISURE i must say.
Reason 3 : Kembali menjadi diri sendiri. Tinggalkan sekejap mode Cekgu.

Unfortunately, there are things that i have to settle beforehand!

Number 1 : HAND IN RECORD BOOK. Lesson plan until Monday next week.
Number 2 : Laundry! Takkan la ujung minggu nk bwk balik baju macam kt asrama? Malu siot!
Number 3 : My bus ticket. Lambat beli, habis. NANTI TAK DAPAT BALIK. T_T

p/s: ada ke orang lain yang sama macam aku? eagerly waiting for Friday to come???

Wednesday, August 11, 2010

Apa dah jadi?

Apa dah jadi dengan aku? Blog yang pernah suatu ketika dulu aku banggakan, aku biar sepi. Lantaran tuntutan pelajaran yang sudah sampai ke penghujung. Dan kini, aku sudah tamat belajar. Sudah mula berkerja. Blog masih begitu. Aku pinggirkan.

Sekarang, aku bermula semula. Menulis di blog ini. Berceritera. Berkongsi.

Cerita pasal apa?

Kerjayaku bermula di sebuah bandar di dalam negeri Johor.
Segamat.
Apa yang istimewa di sini? Of course. Jakel! =)
Istimewa juga sebab dekat nak balik Bahau. Bayangkan, tambang bas express cuma RM 5+.
~senyum sampai telinga~
Dapat hadiah dari parents. Tv warna. Peneman aku di sini. (padahal aku yang merengek mintak)
Mula-mula rasa takut gak. Tapi lama-lama Alhamdulillah. Ok

p/s: Kita takut pada benda yang kita tak tau

Tuesday, April 27, 2010

Bulan

Bulan by Kayant and Intan Nor Saina



Kau
Kau bagaikan mimpi
Hadir di malamku
Menemani aku
Oh kau
Kau bagaikan bintang
Bagaikan bulan
Di gelap malamku
Bulan
Kembalikan seri malamku
Kembalikan kerinduanku
Tunjukkan senyummu
Bintang
Kau suluhi jalan hidupku
Kau jangan hilangkan aku dari matamu

Monday, January 25, 2010

K.A.M.U

Mengenali seorang kamu
Buat aku tersenyum
Gembira
Berbunga hati

Sayang
Hati yang berbunga
Tidak lama
Mati
Dibunuh kamu

Hati aku
Mati
Beku
Terkurung terkunci
Dalam penjara besi

Kejam
Seorang kamu
Mengurung
Mengunci
Membunuh
Hati aku

Seorang kamu
Kembali
Membawa kunci
Membuka kembali
Hati ini
Yang suatu ketika
Mati
Beku

Kamu
Pembunuh
Juga
Penyembuh
Hebat sungguh
Seorang kamu
Membayangi
Seorang aku!!!

250110.114046.b.edtesl2ipgmktijb
p/s: Kamu buat aku helpless.sigh

Thursday, January 14, 2010

Seutas Tali

Aku mula melangkah
Menyusun tapak
Terancang
Aku buka pintu itu
Masuk

Satu daerah baru
Indah tidak tergambar
Ditanganku tergenggam erat
Seutas tali
Sebagai penunjuk jalan
Penanda di mana aku bermula

Manapak girang
Menikmati keindahan
Berjalan tanpa henti
Berjumpa dengan apa yang dicari

Walaubagaimanapun

Keindahan itu buat aku leka
Sesat
Dalam daerah labirin indah

Semua arah aku tuju
Memperjudikan nasib
Pada tali harapan
Mencari permulaan
Mencari jalan keluar

Buntu

Aku semakin hilang
Tali itu
Tidak lagi mampu menbantu
Malah
Mula melilit
Mula membelit
Mula menghimpit

Aku

Hilang kuasa
Hilang diri
Hilang jiwa

KAMU
Bantu aku
Lerai ikatan ini
Agar aku bernafas
Lagi