Friday, July 29, 2011

Sampai bila?

Sampai bila
Harus begini?
Apa
Perlu ditunggu lagi?
Mungkin menunggu
Hati rapuh ini
Kuat kembali
Tetapi
Sampai bila?
AKU MASIH BELUM TAHU!
*Sigh*

Saturday, July 23, 2011

Respons

Kalau ya, bilang YA

Kalau tidak, laungkan TIDAK

Jika cuma diam,

Silalah ambil senapang, TEMBAK

Mudah saja. Kan?


~g.a.n.t.u.n.g~

Wednesday, July 20, 2011

Semangatku

Semangatku
Aku perlu, aku tunggu
Tiap hari, tiap waktu
Bekalan tenaga
Bekalan cahaya
Iringi hari-hari suramku

Semangatku
Sedekahkan
Walau setitis
Kuasamu
Cahayamu
Tenagamu
Pada aku

Walau aku tau
Aku cuma pengemis hina disisimu

Monday, July 18, 2011

Sumbang Langkahku

Langkah pertama
Salam dihulur dan bersambut
Maju satu langkah
Senyum terukir, satu sama lain
Satu langkah lagi ke depan
Arahan diterima
Mundur satu langkah
Celaru, keliru
Ambil satu langkah ke depan
Malang
Salah tindak
Jalan mati
Buntu, tiada bantu
Pulang semula
Ke langkah pertama
Namun
Salam dan senyum telah berlalu


~Apa yang berlaku antara KauAku? Aku buntu~

Senyum diragut

Baca
Kemudian senyum
Gembira
Namun
Senyum itu hilang
Sekelip mata
Diragut
Dibawa pergi
Dibawa lari
Mengenang apa yang jadi
Antara aku dan dia
Tak mungkin aku dapat
Terus bersenyum
Lagi

*TiadaJalanKeluar*
smkgs.180711.135742.

Saturday, July 16, 2011

Sedih!!! =(

Cuba nafi
Cuba sembunyi
Cuba gagahi
Cuba sendiri

Gagal tetap
Kalah

Yang satu itu

Masih lari
Masih sunyi
Masih sembunyi
Masih terkunci

Benar, aku rindu. =(
PATHETIC!!!!!!!

Nah! Kan?

Sudah ditegah
Sudah dimarah
Jangan cuba dijengah
Kamu bakal punah

Itulah kamu
Kepala sekeras batu
Cuma mahu yang itu
Keliru mana satu yang palsu

Masa tidak boleh diputar
Tingkah tiada bertukar
Akibat terlalu tegar
Kamu sendiri hangus terbakar

Thursday, July 14, 2011

Raksa


Link


Cecair raksa itu bergerak
Turun
Dingin
Naik
Hangat
Tidak stabil, berubah-ubah
Kadang naik
Kadang turun
Ada kala hangat, ada kala dingin

Raksa itu turun
Kala aku di situ
Raksa itu naik
Kala aku berlalu

Hadirnya aku
Buat suasana membeku
Turun raksa itu
Terus menerus dingin begitu
Statik

Kini, tahulah aku
Raksa itu tidak mahu
Aku terus di situ mengganggu
Penghalang ia bergerak
Menidakkan yang hak
Lebih baik aku berlalu.....