Friday, August 28, 2009

Komunikasi

KOMUNIKASI itu adalah satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang invividu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.

Aku yakin semua orang selalu berkomunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Apa yang aku nak tekan di sini, pada entri ini adalah tentang KOMUNIKASI DUA HALA. Diulangi ya, DUA HALA! Iaitu maklumat yang disampaikan memerlukan reaksi dari penerima.

Seperti yang kita lakukan sehari-hari, berbual contohnya juga merupakan komunikasi dua hala kerana melibatkan dua pihak. Selalunya kita akan BERKONGSI apa yang kita mahu sampaikan dengan si penerima dan juga memberi reaksi kepada apa yang disampaikan oleh pihak itu. Ini adalah komunikasi dua hala yang sihat pada pendapat aku la. Tak tau la orang lain macam mana.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan selalu jugak aku berhadapan dengan orang yang berbual dengan aku dengan menggunakan arah KOMUNIKASI SEHALA yang mana menyampaikan maklumat dan tidak memerlukan/menerima reaksi dari penerima iaitu aku! Kalau macam ni la gayanya, baik tak payah ajak aku berbual. Pergi la buat ceramah umum kat mana-mana. Takpun ikut je mana-mana parti politik!

Perkara ini aku boleh kaitkan dengan halangan-halangan dalam komunikasi iaitu:

1. maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
- memang berlebihan sangat la kalau asyik dengar cerita dari pihak dia je!
2. kurang minat
- menjadikan aku hilang minat untuk terus mendengar
3. prasangka
- bakal menjemput prasangka buruk yang akan berlegar-legar dalam kepala otak aku ni.
4. sekatan emosi
- emosi aku akan mula tak stabil dan tahap kesabaran aku akan menurun secara mendadak
5. wujudnya pelbagai gangguan
- gangguan ini semua akan membuat aku kadang kala hilang fokus dan rasa macam nak blah

Bukan nak bangga diri tapi aku rasa aku ni orang yang cukup bertimbang rasa la dalam isu ini. Sebab aku akui aku adalah seorang pendengar yang baik sebab aku memang suka dengar orang bercerita dengan aku. Tapi aku akan jadi marah bila bertemu dengan orang-orang yang bercerita cerita dia tanpa henti untuk jangka masa yang tak hengat punya lama tapi bila giliran aku nak cerita pulak, dia dengan cepatnya memotong cerita aku tu untuk sambung lagi cerita dia tu! Siapa tak hangin bila berhadapan dengan orang macam tu??

Lagi satu situasi yang aku nak cerita adalah bila bercakap dengan orang yang tak nak kalah. Pada orang yang macam ni pulak, komunikasi dua halA tu memang aku dapat rasakan la sebab aku diberi ruang untuk respon. Aku suka. Tapi aku yang suka ni tiba-tiba boleh tukar jadi tak suka adalah bila orang tu cakap tak nak kalah. Apa yang dia cakap semua nak kena betul. Semuanya dia nak menang. Kadang-kadang bila kita berbincang tentang sesuatu tu memang la nak cari penyelesaian kan? Tapi kalau pda akhirnya tetap ikut keputusan kau, Baik tak payah ajak bincang. Buang masa dan tenaga je! Berdepan dengan orang-orang macam ni kalau aku da dapat rasa aura yang dia nak menang jugak, aku akan amek keputusan untuk berdiam diri je. Bukan apa, buang masa aku je layan orang-orang macam ni. Nanti aku jugak sakit hati!

Akhir kata, memang bukan semua orang macam yang aku terangkan kat atas ni, tapi kalau nak kene ngadap jugak mereka-mereka ni selalu, aku rasa aku kene pakai perisai kat hati aku ni supaya takdela nak terasa/terluka/terusik/terganggu/termakan hati nanti!


~kalau macam ni pun okay gak! KUKUH!~

~P/S: memang panjang entri aku kali ni. Phew!~

Sunday, August 23, 2009

KAU dan DIA



DIA

Pernah hadir
Isi ruang kosong
Hidup aku
Saat itu
Detik itu
Tiada tandingan

DIA
Yang aku sayang
Satu-satunya
Namun
DIA telah pergi
Hilang dalam terang
Ada dalam tiada

Di sini aku
Masih menanti?
Berlalu pergi?
Keliru



~bingung.buntu.keliru~


KAU
Satu keajaiban
Dalam hidup aku
Hadirnya KAU
Menggerak aku

KAU
Cahaya
Terangi malap hidupku
Selalu
KAU
Juga aku sayang
Kini
Mungkin juga nanti?
Siapa tahu

KAU dan DIA
Satu kebetulan
KAU dan DIA
Sama
KAU dan DIA
Serupa
KAU begini
DIA juga begini
KAU begitu
DIA juga begitu

Persamaan
KAU dan DIA
Membuat aku rawan
Membuat aku terpempan
Membuat aku hilang

Sesungguhnya
KAU dan DIA
Sama
KAU dan DIA
Serupa
KAU dan DIA

ISTIMEWA!

230809.233444.fldjy
p/s: KAU dan DIA peneman putaran roda hidupku


Friday, August 7, 2009

Puncak

Kita mendaki
Untuk ke PUNCAK
Tinggi
Sangat tinggi
Mencecah ke awan

Aku di depan
Memulakan perjalanan
Kau di belakang
Ikuti jejak
Yang aku tinggalkan
Aku mula mendaki
Mendaki
Mendaki
Dan mendaki
Dengan susah payah

Aku tinggalkan
Satu lorong
Untuk kau
Mudahkan kau
Terangkan kau

Lalu
Mudah pendakian kau
Dibantu aku
Laju perjalanan kau
Didorong aku

Namun
Kelajuan itu
Memintas aku
Menjadikan
Kau di hadapan
Kau di atas
Memijak aku
Menindas aku
Menolak aku
Ke bawah
Ke bawah
Ke bawah

Kau terus mendaki
Laju
Ke PUNCAK
Dan
Di sana
Kau disambut
Kau dipuja
Kau diangkat

Sesungguhnya
Itu tempat aku
Itu puncak aku
Itu kejayaan aku

Namun
Semua itu mustahil
Kerana
Aku dipijak
Aku diinjak
Aku ditindas
Aku ditolak
Oleh kau

Dan mereka
Memuja membabi buta!!


-mampukah aku utk ke PUNCAK???-

070809.000318.b39ipgmkti
P/S:Walang Si Aku Yang Malang


Wednesday, August 5, 2009

Berita Terkini Hiburan Sensasi!

Mempersembahkan.....









credit to http://rumahanakteater.blogspot.com

p/s: Tahniah bob atas kemenangan sebagai Pelakon Harapan Lelaki FFM22