Friday, August 7, 2009

Puncak

Kita mendaki
Untuk ke PUNCAK
Tinggi
Sangat tinggi
Mencecah ke awan

Aku di depan
Memulakan perjalanan
Kau di belakang
Ikuti jejak
Yang aku tinggalkan
Aku mula mendaki
Mendaki
Mendaki
Dan mendaki
Dengan susah payah

Aku tinggalkan
Satu lorong
Untuk kau
Mudahkan kau
Terangkan kau

Lalu
Mudah pendakian kau
Dibantu aku
Laju perjalanan kau
Didorong aku

Namun
Kelajuan itu
Memintas aku
Menjadikan
Kau di hadapan
Kau di atas
Memijak aku
Menindas aku
Menolak aku
Ke bawah
Ke bawah
Ke bawah

Kau terus mendaki
Laju
Ke PUNCAK
Dan
Di sana
Kau disambut
Kau dipuja
Kau diangkat

Sesungguhnya
Itu tempat aku
Itu puncak aku
Itu kejayaan aku

Namun
Semua itu mustahil
Kerana
Aku dipijak
Aku diinjak
Aku ditindas
Aku ditolak
Oleh kau

Dan mereka
Memuja membabi buta!!


-mampukah aku utk ke PUNCAK???-

070809.000318.b39ipgmkti
P/S:Walang Si Aku Yang Malang


3 comments:

  1. Yes you can. All it takes is some perseverence and hardwork~~

    ReplyDelete
  2. Gua mewakili seluruh ahli PARADOKS mengucapkan selamat ber Ramadhan kepada kalian dan moga Ramadahan kali ini menjanjikan seribu kerahmatan buat kita semua. amin.
    -Aloy Paradoks

    ReplyDelete