Aku yakin semua orang selalu berkomunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Apa yang aku nak tekan di sini, pada entri ini adalah tentang KOMUNIKASI DUA HALA. Diulangi ya, DUA HALA! Iaitu maklumat yang disampaikan memerlukan reaksi dari penerima.
Seperti yang kita lakukan sehari-hari, berbual contohnya juga merupakan komunikasi dua hala kerana melibatkan dua pihak. Selalunya kita akan BERKONGSI apa yang kita mahu sampaikan dengan si penerima dan juga memberi reaksi kepada apa yang disampaikan oleh pihak itu. Ini adalah komunikasi dua hala yang sihat pada pendapat aku la. Tak tau la orang lain macam mana.
Walaubagaimanapun, boleh dikatakan selalu jugak aku berhadapan dengan orang yang berbual dengan aku dengan menggunakan arah KOMUNIKASI SEHALA yang mana menyampaikan maklumat dan tidak memerlukan/menerima reaksi dari penerima iaitu aku! Kalau macam ni la gayanya, baik tak payah ajak aku berbual. Pergi la buat ceramah umum kat mana-mana. Takpun ikut je mana-mana parti politik!
Perkara ini aku boleh kaitkan dengan halangan-halangan dalam komunikasi iaitu:
1. maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
- memang berlebihan sangat la kalau asyik dengar cerita dari pihak dia je!
2. kurang minat
- menjadikan aku hilang minat untuk terus mendengar
3. prasangka
- bakal menjemput prasangka buruk yang akan berlegar-legar dalam kepala otak aku ni.
4. sekatan emosi
- emosi aku akan mula tak stabil dan tahap kesabaran aku akan menurun secara mendadak
5. wujudnya pelbagai gangguan
- gangguan ini semua akan membuat aku kadang kala hilang fokus dan rasa macam nak blah
Bukan nak bangga diri tapi aku rasa aku ni orang yang cukup bertimbang rasa la dalam isu ini. Sebab aku akui aku adalah seorang pendengar yang baik sebab aku memang suka dengar orang bercerita dengan aku. Tapi aku akan jadi marah bila bertemu dengan orang-orang yang bercerita cerita dia tanpa henti untuk jangka masa yang tak hengat punya lama tapi bila giliran aku nak cerita pulak, dia dengan cepatnya memotong cerita aku tu untuk sambung lagi cerita dia tu! Siapa tak hangin bila berhadapan dengan orang macam tu??
Lagi satu situasi yang aku nak cerita adalah bila bercakap dengan orang yang tak nak kalah. Pada orang yang macam ni pulak, komunikasi dua halA tu memang aku dapat rasakan la sebab aku diberi ruang untuk respon. Aku suka. Tapi aku yang suka ni tiba-tiba boleh tukar jadi tak suka adalah bila orang tu cakap tak nak kalah. Apa yang dia cakap semua nak kena betul. Semuanya dia nak menang. Kadang-kadang bila kita berbincang tentang sesuatu tu memang la nak cari penyelesaian kan? Tapi kalau pda akhirnya tetap ikut keputusan kau, Baik tak payah ajak bincang. Buang masa dan tenaga je! Berdepan dengan orang-orang macam ni kalau aku da dapat rasa aura yang dia nak menang jugak, aku akan amek keputusan untuk berdiam diri je. Bukan apa, buang masa aku je layan orang-orang macam ni. Nanti aku jugak sakit hati!
Akhir kata, memang bukan semua orang macam yang aku terangkan kat atas ni, tapi kalau nak kene ngadap jugak mereka-mereka ni selalu, aku rasa aku kene pakai perisai kat hati aku ni supaya takdela nak terasa/terluka/terusik/terganggu/termakan hati nanti!
~kalau macam ni pun okay gak! KUKUH!~
~P/S: memang panjang entri aku kali ni. Phew!~
GO GO POWER RANGERS!!!
ReplyDeleteLawan jela!
ko tu yang baik sangat!
BAGI DIA SEBIJIK!
bia dia rasa langit tu tinggi ke rendah!
Wow!!!
ReplyDeleteAku ni baik ek? Mungkin kot.
Tu yang asyik kene je.
Aiceh!
selain ITU, akak pun dulu ada kawan macam ni. dah lama tak jumpa ni, tapi telinga kita ni disuap dengan cerita dari dia je. dia fikir kita takda apa ke nak cerita? haih! panas je hati. tapi, SABAR jela.
ReplyDeleteTAPI, lama mana boleh sabar?
jadi, no comment lah..
ha ha ha
Betul tu kak nad. sy ni lagi kejam, sy amek keputusan utk x jumpa dia lgsg. Avoid. Padahal sy boleh jumpa dia bila2 masa je. Makan taun gak la x jumpa. Huhuhu.
ReplyDeleteSemua orang mampu bersabar. Tp kene fikir satu benda. SABAR ITU JUGA ADA HADNYA!!!