Thursday, October 22, 2009

Satu Detik


~satu detik mengubah segalanya~

Satu detik, AKU suka DIA
Satu detik, AKU benci DIA
Satu detik, DIA mesra
Satu detik, DIA dingin
Satu detik, AKU rindu DIA
Satu detik, AKU mahu lupa DIA
Satu detik, DIA senyum
Satu detik, DIA tarik muka

Satu detik, AKU gembira
Dunia ini aku yang punya
Satu detik, AKU derita
Dunia ini hampir kiamat gamaknya

Satu detik, ia POSITIF
Satu detik, ia NEGATIF

Transisi itu pantas
Cukup pantas
Cuma sedetik

Kenapa AKU rasa begini
AKU yang emosional
Agaknya
Perempuan itu emosional
Kan?
Mungkin DIA tidak begitu sebenarnya
Mungkin AKU yang sensitif sahaja

Arrrgghhh....
Emosi bak roller-coaster
AKU mahu STABIL
Semula

221009.105721.bedtesl2ipgmkti

P/S: LOSER kah aku?

2 comments:

  1. ah.
    jangan disebut loser itu.
    cool2 sahaja.

    emosi ini permainan rasa.
    kamu pengemudinya.
    =)

    ReplyDelete
  2. Emosi itu ad ketikanya sukar dikawal.
    Hasutan2 -ve juga membawa kpd seseorang itu hilang kawalan.

    ReplyDelete